Add HTML here. TINTA SRIKANDI
bintuharonyahya2.blogspot.com






<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

BUAT PENGEHTAHUAN SAHABAT2 KU SEMUA...SAYA TELAH BERPINDAH KE uqailah.blogspot.com. SALAM ZIARAH BUAT SEMUA,SILA BERIKAN PANDANGAN KOMENTAR DAN APA JUA MUHASABAH ..SALAM PERJUANGAN UNTUK SEMUA.. (NASYARIA,SALAM ZIARAH) enter>


Wanita yag bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang kepada taman yang subur yang menghijaur>
Buatmu mujahidah solehah… Dengan kecantikan mu kau lebih elok dr mentari.. dgn akhlakmu kau lebih wangi dr haruman.. Dgn rendah hatimu kau lebih tinggi dr rembulan.. Dgn kelembutanmu kau lebih halus dr rintik hujan.. Maka pertahankanlah keindahan ini agar terus2an mjadi sayap kiri perjuangan Islam.. Penegak kalimah Allah di muka bumi..
Muslimah Idaman Saya Adalah Seorang Muslimah Yang Beriman Yang Jiwanya Ditanam rasa Keizzahan Terhadap Islam Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Akan Pahala Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya Yang Tidak Pernah Takut Menyatakan Kebenaran Yang Tidak Pernah Gentar Melawan Nafsu Yang Sentiasa Bersama Srikandi –Srikandi Pejuang Agama Allah Muslimah Idaman Saya Adalah Muslimah Yang Menghormati Ibunya Yang Sentiasa Berbakti Kepada Keluarga Dan Kedua Orang Tuanya Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga Yang Bakal Menolong Suami Dalam Mendidik Anak-Anak Mendalami Islam Yang Mengamalkan Hidup Dengan Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menuju Akhirat Muslimah Idaman ..
Wanita yang soleh malunya mengatasi perawan beraninya mengatasi pahlawan cintanya bukan pada gambaran rindunya bukan pada pertemuan tetapi hatinya sarat dengan iman ranting ikhlas dan puncak keredha'annya jadi tumpuan
Kunci keWalau dibanjiri air mata,perjuangan harus diteruskan,keperitan bukan halangan untuk terus melangkah...Jika tersungkur,bukan bermakna putus asa,semangat terus kuat,untuk bangun dan terus melangkah...Dan..terus melangkah..Demi mengejar sebuah harapan yang bernama IMPIAN.."
Tika Kau Lemah....sahabat mu ada untuk kau luah rasa.Tika kau goyah kau harus kuat kerana Kau pembawa agama....Tika kau kecundang kau harus tabah kerana kau mujahidah muda
Jika da'wah adalah nafas2 yg terhembus setiap saat...maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup karenanya... " Jika da'wah adalah pedang-pedang yang siapa dihunuskan...maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga... " Jika da'wah adalah jalan yg panjang..maka jgn berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yg terang benderang... Jika da'wah adalah bunga....maka serbukkanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangi ke seluruh penjuru dunia..."
Keberkatan dan kemanisan dalam perjuangan hanya untuk mereka yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan .mampu berkorban dalam rela imanya diuji
Ujian itu satu tarbiyyah dr ALLAH....semakin dekat bahtera diri kepadanya, semakin kuat taufan malanda. Biar rebah jangan berubah. Biar terbuang terus berjuang senyum mujahid memburu syahid!. kerana perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis
WOMEN IN ISLAM bject width="300" height="250">

> .....




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, March 07, 2007
TINTA SRIKANDI

                                             MUSLIMAH SRIKANDI UMMAH


Sesungguhnya wanita merupakan kehormatan bagi ummah,jika mereka cedera maka seluruh ummah akan merasainya

(Mustafa  Ramadhan)

wahai muslimah!!

Telah Sekian lama Kita menyusuri hidup tanpa pimpinan nilai-nilai islam,telah sekian lama kita berada di atas garisan yang tidak selari dengan islam,telah sekian lama kita membiarkan Al-Quran  di selaputi debu tanpa di terokai.............Maka selama itulah kita menumpng kekuatan pada nilai hidup sistem yang lain yang jauh menyimpang dari fitrah manusia,namun kita terus tersenyum bodoh walaupun diperalatkan serobek-robek islam yang haq


Wahai Muslimah!!!

Mahukah kita terus menjadi buih,yang cantik berkilau namun hancur hanya dengan sentuhan halus tiupan bayu,@ mahukah kita  diperalatkan seperti patung yang dihias dengan pelbagi fesyen untuk menarik minat pengunjung-pengunjungnya?Klau itulah yang di katkan muslimah maka alngkah ruginya islam,alangkah ruginya ummah yang memiliki kita dan alangkah ruginya generasi yang bakal di lahirkan nanti.
 
Lantaran itu letaklah kita di posisi  yang sentiasa berguna sebagai seorang anak,saudara seislam'isteri.ibu,pelajar dan ahli masyarakat yang soleha.Lontarkanlah jauh-jauh dari lubuk hati kita perasan yang tidak menentu,kerana sesungguhnya kebangkitan islam bukan hanya menjadi fenomena yang di tonton dengan asyiknya tetapi mestilah di dokongi bersama.

wahai Muslimah !!

Kita Sebenarnya telah Lupa bahawa kita telah tercucir "kesungguhana" ketika berhadapan dengan keganasan dan ancaman jahiliah.Apakah kita tidak mungkin menjadi ASMA yang mendidik  dan memupuk anaknya Abdullah Bin Zubair agar tidak takut pada sesipa melaikan ALLAG.@ tiadkia kah kita ingin menjadi AISYAH gedung ilmu dan suumber rujukan masyarakat islam pada masa itu,@ tidakak kita mahu Menjadi UMMU SULAIM yang tenang mengkhabarkan berita kematian puteranya kepada suami tercinta..

YA ALLAH...............

KURNIAKAN KAMI KEKUATAN ,KETENANGAN,KEMUDAHAN SEMANGAT DAN KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA UNTUK MENDAMBA KASIH MU,MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI MU,MENDALAMI ILMU DAN RAHSIAMU,SERTA HIASILAH KAMI DENGAN QUDWAH UMMUL MUKMININ,KETABAHABN MARYAM,KESUNGGUHAN RABIATUK ADAWIYAH DAN KECERDIKAN ZUBAIDAH.........DALAM MEREALISASIKAN TANGGUNGJAWAB DAKWAH MU.
..AMIN





Posted at 10:21 am by mariauzqan
Make a comment  

Thursday, March 01, 2007
MEMILIH TEMAN


Posted at 02:33 am by mariauzqan
Make a comment  

Monday, February 12, 2007
VALENTINE DAY'S-SATU RENUNGAN

 
Kontroversi: Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

 KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau


Posted at 01:59 am by mariauzqan
Make a comment  

Thursday, February 01, 2007
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT KU

PADA BULAN FEBUARI SAHABAT SAYA AKAN MELANSUNG KAN PERKAHWINAN..BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG MENGENALI BELIAU DI JEMPUT HADIR KE MAJLIS MEREKA

 

 SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT KU ADINDA  NAFISAH

MOGA KEBAHAGIAN MILIK KALIAN

TAHNIAH......

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Walimatul Urus

MD ESA BIN SALLEH

Dan

SHAKINAH BINTI ABU HASSAN

Sekapur Sirih Seulas Pinang,Semekar Senyum Seikhlas Hati,

Dengan Rasa Kesyukuran Kami Mempersilakan

Tuan/Puan/Encik/Cik/Ustaz/Ustazah/Sahabat-sahabat Suami Isteri sekeluarga:

SAHABAT-SAHABAT APID

 

Ke Majlis Perkahwinan,Putera Kami Yang Di Kasihi,

MOHD SHAHRIZAN BIN MD ESA

Dengan

NAFISAH BINTI MOHAMAD YUSUP

Bersendikan Sunnah Rasulullah S.A.W,Mendirikan Istana Kasih

Pertemuan Dua Hati Di Teratak Kami

Pada

SABTU 3 MAC 2007 bersamaan 13 SAFAR1428H

Bertempat di: No 170 Block 6, Felda Jengka 23.

26400 Bandar Tun Razak Jengka,Pahang.

Semoga Dengan Kehadiran Hadirin/Hadirat Sekalian,

Pada Hari Termaktub,

Akan Terucap Salam Bersalam,

Akan Tercium Wangi Pertemuan

Semoga Berseri Jua Majlis Kami Yang Seadanya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Walimatul Urus

MOHAMAD YUSUP BIN MAHZAR

Dan

SHARAH BINTI HASSAN

Sekapur Sirih Seulas Pinang, Semekar Senyum Seikhlas Hati,

Dengan Rasa Kesyukuran Kami Mempersilakan

Tuan/Puan/Encik/Cik/Ustaz/Ustazah/Sahabat-sahabat Suami Isteri sekeluarga:

...SAHABAT-SAHABAT APID

Ke Majlis Perkahwinan Puteri Kami Yang Di Kasihi,

NAFISAH BINTI MOHAMAD YUSUP

Dengan

MOHD SHAHRIZAN BIN MD ESA

Bersendikan Sunnah Rasulullah S.A.W, Mendirikan Istana Kasih

Pertemuan Dua Hati Di Teratak Kami

Pada

SABTU 24 FEBRUARI 2007 bersamaan 6 SAFAR 1428H

Bertempat di: TL 5,PARIT NIPAH LAUT,PARIT JAWA,

84150 MUAR, JOHOR.

Semoga Dengan Kehadiran Hadirin/Hadirat Sekalian,

Pada Hari Termaktub,

Akan Terucap Salam Bersalam,

Akan Tercium Wangi Pertemuan

Semoga Berseri Jua Majlis Kami Yang Seadanya.

 

SEMOGA BAHTERA PERKAHWINAN YANG BAKAL DI LAYARI,MERUPAKAN WASILAH UNTUK MENDAMBA CINTA ILAHI


Posted at 02:04 pm by mariauzqan
Make a comment  

Tuesday, January 23, 2007
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH


SELAMAT MENYAMBUT
MA'AL HIJRAH 1428

20 January 2007


Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia,Ameen.


MUHARAM
adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."


Peristiwa-peristiwa penting:

1.        1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2.        10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1.        Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.        Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.        Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.        Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.        Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.        Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.        Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.        Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.        Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya  selama 40 hari 40 malam.
10.        Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.        Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.        Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.        Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.        Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.        Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.        Allah menjadikan 'Arasy.
17.        Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.        Allah menjadikan alam.
19.        Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.        Nabi Isa diangkat ke langit.


Posted at 04:01 am by mariauzqan
Make a comment  

Saturday, November 04, 2006
UKUHWAH ITU INDAH.......

Image hosting by Photobucket

 

MAHFHUM HADIS....DIANTARA GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN DI ARASH ALLAH ,SEHINGGAKAN PARA NABI,ORANG SALIHKAGUM DENGAN MEREKA.mEREKA BUKAN PARA SYUHADA..MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG MEMELIHARA UKUHWAH..........

MARIA UZQAN.....


Posted at 01:48 pm by mariauzqan
Make a comment  

keistimewan muslimah

 keistimewan sebagao Seorang Muslimah

1) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

2) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

3) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

4) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana sahaja pintu syurga yang dia kehendaki.

5) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

6) Aisyah berkata,"Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w "suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. Ibunya."

7) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya.

8) Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

9) Daripada Aisyah r.a barangsiapa yang diuji dengan sesuatu darirada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka.

semoga anda semua berasa beruntung menjadi wanita.


Posted at 12:39 pm by mariauzqan
Make a comment  

Sunday, September 03, 2006
SEBUAH PERSAHABATAN

PERSAHABATAN


Posted at 01:14 am by mariauzqan
Make a comment  

Wanita Ahli Neraka

  1. Wanita, awasilah dari berlakunya perkara ini kepada diri anda.
 
 -   Ali R.A meriwayatkan yang bermaksud: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan kami temui baginda sedag menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah SAW ?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Israk dan dimi’rajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “wahai Rasulullah SAW, apakah yang tuan lihat?” Dan sambut Fatimah “wahai ayah-ku, apakah sebab-sebab mereka disiksa begitu?” Maka Rasulullah SAW pun menjawab :
 
  1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan kepala otaknya mendidih, ia disebabkan dia tidak menjaga rambutnya(tidak bertudung) di hadapan lelaki.
 
  1. Wanita yang digantung dengan lidahya serta tangan-nya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya, ia disebabkan menyakiti hati suaminyadengan kata-kata. Dan Rasulullah Saw pernah bersabda “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak di hari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengingkatnya di belakang leherya.”
 
  1. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya, ia disebabkan dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
 
  1. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangan-nya kearah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking, ia disebabkan dia keluar rumah tanpa izi suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.
 
  1. Wanita yang memakan badanya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-yala dengan hebatnya, ia disebabkan dia suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
 
  1. Wanita yang memotong badanya sendir dengan gunting api neraka, ia disebabkan dia suka menojolkan diri(ingin terkenal) dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasanya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasanya.
 
  1. Wanita yag bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri, ia disebabkan dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat seta tidak mahu mandi wajib.
 
  1. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badanya(hidug-telinga-mulut) dan badanya membusuk akibat kulit dan lepra, ia disebabkan dia suka mengadu domba serta berdusta.
 
  1. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat  berjuta jenis seksaan, ia disebabkan dia suka memfitnah dan suka marah-marah pada suaminya.

Maka wanita Pilihan terletak di tangan anda ,pilah hala Tuju mu yang seterusnya

 

Posted at 12:42 am by mariauzqan
Make a comment  

JIKA INGIN BERTEMAN

 

    JIKA INGIN BERTEMAN
 
 
 
Apabila kau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya. Andai kau ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya. Andai kau ingin seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kau mungkin kan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa. jangan diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna.. tiada yang biasa-biasa enjadi satu yang sempurna. Tapi bersahabatlah kerana Allah...
 
SESUNGUHNYA

Sahabat yang sejati ...akan menunggu dan menanti...resah dan rindu silih berganti... Sahabat yang sejati ...akan selalu menasihati...mengasah hati...menghantar salam menerima salam ...memaafkan kesalahan. Sahabat sejati...akan selalu mengingati...air mata selalu mengiringi...senyum tika kau mengunjungi...akan menitis lagi...tika memerhati kau telah pergi lagi. Sahabat sejati ...tetap menanti..kerana hati yang telah disatukan Ilahi... dalam ukhwahNya yang suci...dan abadi hingga akhir hayat nanti


Posted at 12:34 am by mariauzqan
Make a comment  

Next Page